Sunday, 25 January 2015
Bicara Tinta Renungan Bersama..
Sudah lebih dari 1400 tahun kita ditinggalkan kita ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan Alhamdulillah sampai ke saat ini kita masih lagi dapat merasakan nikmat iman dan Islam yang merupakan buah dari usaha dan kegigihan yang berterusan dalam memikul tugas yang telah diwarisi oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Para sahabat,tabie'in dan alim-ulama silih berganti memikul tugas sebaga "Pewaris Nabi".Mereka sentiasa aktif di dalam tugas dan tidak mengenal noktah akhir di dalam tugas dan tidak mengenal noktah akhir di dalam pejuangan.Dengan semangat inilah Islam sampai di negara kita dan hingga ke saat ini umat islam merupakan seperlima dari penduduk dunia.
Walaupun dari manusia ke semasa Umat Islam selalu ditimpa malapetaka dan menghadapi bermacam-macam ujian,namun dengan limpah kurnia dan kasih sayang Allah s.w.t Umat islam masih wujud dan masih lagi mempunyai nila-nilai agama dalam kehidupan,walaupun kita megakui adanya kekurangan di sana sini.Al-Quran dan hadis adalah pusaka yang ditingglkan oleh Rasulullah s.w.t kepada umatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment