Saturday, 14 February 2015

Ya Allah,Maafkan aku.

Allah,Maafkan aku.aku berdosa Ya Allah..Aku leka..dengan semua ini..sehingga aku lupa kepadamu..lupa kepada tuhan yang esa.Ya Allah,saat aku susah kau menolongku.tanpa aku sedar,tanpa aku tahu..rupanya masih ada penolong..bukan kiriman..tapi Tuhan yang selama ini ku tak pandang..di jauh sudut hatiku..aku mula berfikir..adakah kau mahu memaafkan hambamu yang hina ini.Dulu,di saat aku lupa akan kehadiran mu.aku ditimpa kesenangan.kesenangan duniawi.padahal ianya bukan kesenangan.aku enjoy terhadap Dunia.au leka.au cintakan DUnia lebih daripada ku mencintaimu..Ya Allah...sesunggunya kau maha Pengampun..kenapa aku tak pernah menyesali apa yang ku rasa?berdosakah aku ya Allah?ya ALlah..andai aku tidak terpilih untuk menjadi ahli syurgamu,pilihlah aku sebagai ahli para syahid..kenapa aku terlalu berdosa kepadamu ya Allah?aku bodoh!Aku bodoh ya ALlah..dulu aku pakai pakaian yang tak baik..tidak senang aku pakai pakaian yang menutup aurat ini..aku benci pakaian itu!namun,aku silap.aku mula membenci pakaian dunia sekarang ini,dan aku mula menyintai pakaian akhirat,iaitu pakaian taqwa.ya ALlah,kenapa menjadi jahat ini senang?kenapa menjadi baik ini,banyak ujian yang melanda?berikan aku jawapan ya Allah..ya Allah,aku tak kuat..hidup dalam duggaan yang sebegini..terlalu banyak ujian yang berlimpa-limpah..inilah manusia yang hina.senang berbuat dosa.namun susah berbuat baik.ya Allah,aku tak semualia Rasulullah..andai suatu hari nanti aku akan ke Neraka,sampaikan salam kepada Rasulullah..kataka kepadanya.. "Umatmu ini amat menyayanginya..Assalamualaika ya Rasulullah.." Ya Allah..kenapa aku tak semualia Rasulullah..kenapa Ya Allah?mungkin aku tak layak menjadi semualia baginda.Ya Allah..aku ingin jihad di jalanmu.aku ingin rasa.bagaimana rasanya jihad di jalanmu.apa nikmatnya..Ya Allah..aku rindukan Rasulullah..andai rasulullah ada sekarang..pasti sekarang ini dia memimpin ku ke Syurga..aku tahu dia menunggu ku..menunggu untuk menemaniku di TITI sirat.Ya Allah,aku ingin sangat nak tengok muka nabi.macam mana mukanya.indah mana mukanya..aku ingin tahu.tapi aku tak mahu untuk menemukannya sekarang..kerana aku tak mahu,dia menangis kerana umatnya ini sungguh taksub,berdosa. Ya Allah..ada satuu kata'kata,yang terkeluar dari mulutku tanpa ku sedar."Nak jadi ahli syurga tu bukan senang!"ianya terkeluar,tapi aku tak paham maksudnya.apakah iitu Ya Allah..aku ingin tahu..Tapi sekarang baru ku tahu.. Ya Allah,terimalah taubatku..Taubatan Nasuha..Masukkan aku kekalangan orang-orang yang beriman bersama Rasulullah..bawakan aku bersamanya ye ya Allah?in shaa Allah..jadikan aku si bakal jenazah,lulus dalam pertanyaa di kubur... In shaa Allah..Makbulkan doaku,Ya Allah,Ya Rahman.. ~ Nur El Lathifah Umaira Hazwani Abdul Salam Nawawi~ - Bakal Jenazah - P/S:Luahan yang betul dari saya sendiri.

Sunday, 25 January 2015

Bicara Tinta Renungan Bersama..

Sudah lebih dari 1400 tahun kita ditinggalkan kita ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan Alhamdulillah sampai ke saat ini kita masih lagi dapat merasakan nikmat iman dan Islam yang merupakan buah dari usaha dan kegigihan yang berterusan dalam memikul tugas yang telah diwarisi oleh baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat,tabie'in dan alim-ulama silih berganti memikul tugas sebaga "Pewaris Nabi".Mereka sentiasa aktif di dalam tugas dan tidak mengenal noktah akhir di dalam tugas dan tidak mengenal noktah akhir di dalam pejuangan.Dengan semangat inilah Islam sampai di negara kita dan hingga ke saat ini umat islam merupakan seperlima dari penduduk dunia. Walaupun dari manusia ke semasa Umat Islam selalu ditimpa malapetaka dan menghadapi bermacam-macam ujian,namun dengan limpah kurnia dan kasih sayang Allah s.w.t Umat islam masih wujud dan masih lagi mempunyai nila-nilai agama dalam kehidupan,walaupun kita megakui adanya kekurangan di sana sini.Al-Quran dan hadis adalah pusaka yang ditingglkan oleh Rasulullah s.w.t kepada umatnya.

Pantun Agama Einnah Bahiriyinnah PART 1

Jadikan taqwa sebagai jalan,
Dalam hidup sepanjang zaman,
Taat dan patuh pada pimpinan,
Selama al-Quran jadi pegangan,

Sunnah nabi dipegang teguh,
Sunnah khulafa' diikut penuh,
Mesti waspada ajaran musuh,
Bida'ah dhaholah wajib dijauh,

Dunia luar datang mengepung,
Dunia islam sudah terkurung,
Ibarat buih hanyut terapung,
Dipukul ombak besar menggulung,

Bilangan banyak tidak berguna,
Bila ''Wahan'' penyakit kita,
Takutkan mati,cintakan dunia,
Sabgat rosak iman di dada.

Jangan biarlan umat binasa,
Mungkar maksiat maharajalela,
Kita semua nanti merasa,
Akibat buruk datang menimpa,

Dinding Ya'juj mula terbuka,
Tanda dunia akan binasa,
Walaupun ada insan bertaqwa,
Bila mungkar sudah melata,

Ilmu agama beransur hilang,
Para Ulama' kian berkurang,
Tuntutlah ilmu sebagai diangkat,
Negeri akhirat dapat selamat,

Langkah yahudi jangan diturut,
Umat Yahudi dimurka tuhan,
Jalan Nashrani jangan diikut,
Ilimu dituntut,amal ditinggalakan,

Kenapa kita mesti melutut,
Umat Nashrani sesat di jalan,
Kepada bangsa bersifat Taghut,
Amal dibuat tanpa pedoman,